7.6.10

APA ERTI NYA ISLAM

BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM

Ertinya:

Daripada Abi Najih Irbadh bin Sariyah ra. berkata. "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ArRasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah dengan gigi geraham (berpegang teguhlah dengan) sunnah-sunnahku itu dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.

ISLAM MENJADI SASARAN

Ertinya:
Daripada Ummul Mu'minin Zainab binti Jahsy ( isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata: (Pada suatu hari)Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dan kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dan dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini , dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab bind Jahsy) lalu bertanya : "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada lagi orang yang saleh ? Lalu Nabi SAW bersabda :"Ya ! Jikalau kejahatan sudah terlalu banyak"

CINTA DUNIA TAKUT MATI

Ertinya:
Danipada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka . Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dan kenara kami sedikit pada hari itu? Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dan hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan '

ISLAM MENGALAHKAN YAHUDI

Ertinya;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memenangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi disebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! , kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), icerana sesungguhnyapohon mi adalah dan pohon Yahudi (oleh sebab ini ia melindunginya) .

ORANG BAIK SEDIKIT ORANG JAHAT RAMAI

Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. benkata: "Aku mendengar Rasulullah saw. bensabda; "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai onang yang tercela dan akan berkurangan orang yang balk, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang balk .

PUNCA KEBINASAAN

Ertinya;
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda.; "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dan suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dan suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt.. Maka apabi!a ini telah terjadi , kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dan menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah benpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendini) atau dari menepati kehendak jirannya . Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya). Nabi saw, menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya .

DUA GOLONGAN AHLI NERAKA

Ertinya;
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda.; "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang rnempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk Syurga dan tidak akan dapat mencium baunya. Sesungguhnya bau wangi Syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya"

10 TANDA AKHIR QIAMAT

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghafari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan? . Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat . Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya . Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dan tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dan arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar.