6.6.10

apa itu qanaah?

apa itu qanaah?

Menurut Prof Hamka dalam Tasawuf Moden, qana’ah ialah menerima cukup. Qana’ah didefinisikan sebagai sikap merasa cukup, ridha atau puas atas kurnia dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Qanaah itu mengandungi lima perkara, iaitu

1. Menerima dengan rela akan apa yang ada

2. Memohonkan kepada Tuhan tambahan yang patut, dan berusaha

3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan

4. Bertawakal kepada Tuhan

5. Tidak Tertarik oleh tipu daya dunia.

Itulah yang dinamakan qana’ah, dan itulah kekayaan yang sebenar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ‘Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta, kekayaan ialah kekayaan jiwa.’

yup, syukur dgn apa yg kita ada setelah usaha~

QANAAH

SYUKUR DALAM REZEKIMU
REDHA DALAM DUGAANMU
KEHIDUPAN TIDAK PERNAH JEMU
KEHIDUPAN TIADA JALAN PALSU

AKU SYUKURI NIKMAT
AKU SERLAHKAN HASRAT
AKU TERIMA AKIBAT
AKU PUSATKAN TEKAD

JALAN HIDUP KITA BERBEZA
BENTUK HIDUP KITA TIADA SAMA
REZEKI KITA ADA SEADANYA
HIKMAH KITA CANTIK ATURNYA

PELBAGAI DUGAAN KITA TEMPUH
PELBAGAI HALANGAN KITA REMPUH
KADANG-KADANG KITA LALU JALAN YANG AMPUH
KADANG-KADANG KITA MENITI TITI YANG RAPUH

ITU SEMUA UJIAN
ITU SEMUA HIKMAH
ADA PELBAGAI JALAN
ADA SEJALUR ARAH

KITA DIBERIKAN BANYAK PILIHAN
KITA DITUNJUKKAN PELBAGAI JALAN
HANYA KITA YANG BOLEH MENENTUKAN
BERPADA-PADA DALAM JALAN TINDAKAN

SYUKURI REZEKI YANG KITA ADA
REDHA UJIAN YANG KITA TEMPUH
WALAU DATANGNYA DENGAN PELBAGAI MEHNAH
JANGAN KITA PINGGIRKAN QANAAH