7.6.10

cintakan dunia

cintakan dunia
hadith:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam
hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana
kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu
banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam
pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah
saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000
juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi
alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti,
dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun
berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri
kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan
penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua,
iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat
dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu
mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati" pula bermakna
leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi
negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa
dalam memperjuangkan agarna Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Insyallah