6.6.10

Firasat Org Mu'min...?

Rasulullah bersabda: "Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)

Dari hadis ini, firasat hanya dikurniakan kepada hamba Allah yang bersih mata hatinya. Hati mereka sudah bersih suci dan diterangi oleh cahaya Allah. Hati mereka dihiasi sifat2 mahmudah seperti tawadhuk, warak, pemurah, dll dan buang segala sifat mazmumah seperti riyak, ujub, megah, takabur, dll. Maka, ilmu firasat bermakna ilmu membersihkan hati atau lebih terkenal sebagai ilmu tasawuf. Itulah yang diajar oleh Imam Ghazali dalam kitabnya yang terkenal Ihya Ulumiddin.

Dalam riwayat, Saidina Umar sedang berkhutbah. Tiba-tiba di tengah-tengah dia sedang berkhutbah tu, dia menyebut benda yang tak termasuk dalam text ucapan khutbah. Iaitu dia sebut,"Wahai Sariah; larilah ke gunung! larilah ke gunung! larilah ke gunung!" Kemudian dia sambung khutbahnya kembali. Sahabat-sahabat yang dok perati tengok, mula rasa pelik. Awat tak peliknya, kerana sahabat yang bernama Sariah pada waktu itu sedang bertempur di kawasan perbatasan Rom. Rupa-rupanya ,di waktu sedang khutbah itu tadi,ALLAH telah mempamirkan di hadapan Umar secara ‘live’ bagaimana Sariah bersama-sama dengan tentera-tentera Islam sedang dikepung musuh.Lalu Umar melihat sambil dia berkhutbah, ada sebuah gunung di belakang tentera Islam, lalu Umar melaung,"Wahai Sariah; larilah kegunung! larilah ke gunung! larilah ! ke gunung!." Maka dengan kehendak ALLAH ,Sariah di Rom dapat mendengar laungan Umar di Madinah. Lalu apabila Sariah mengikut arahan itu, maka selamatlah tentera-tentera Islam.Kemudian apabila Sariah balik, sahabat-sahabat lain pakat tanya,"Wahai Sariah, adakah kamu mendengar benda-benda pelik sewaktu kamu sedang perang dulu?"…Sariah kata,"Ada. Aku dengar suara Umar, yang mengarahkan aku lari ke gunung.Dan apabila aku menarik tentera-tenteraku ke gunung, maka selamatlah aku daripada musuh.