7.6.10

Mutiara Yang Hilang-Rahsia Kejayaan & Kekayaan?

Umat Islam di akhir zaman ini wajib berhati2 di akhir zaman kerana Iblis & Dajjal laknattllah ini bukan muncul dalam bentuk yg luarbisa yang penuh dengan tipu muslihat yang tidak kita sedari, tetapi bentuk biasa yg kita merasa sangat selesa untuk menerima, talibarut dajjal juga adalah dari kalangan org2 yg kita tidak menyangka bahawa mereka2 adalah ejen dajjal yang telah merangka dan berniat untuk mengajar kita pelbagai bentuk ilmu yang tanpa kita sedari akan menyebabkan kita syirik, amalan kita tidak diterima oleh ALLAH tetapi dengan memancing mereka2 yg ingin menjadi kaya raya dan jutawan dengan jalan yg singkat. Secara tidak langsung dan tanpa kita sedar bahawa dgn secara halus kita telah terputus dari rahmat & redha ALLAH. Ilmu yg biasa nya diajar juga adalah ilmu yang menjauhkan kita dari kebenaran AL Qur’an secara langsung atau tidak langsung.

Antara contoh bentuk pembohongan dan cara halus mereka untuk memesong kan umat Islam adalah dengan menyebarkan gambar2 mesjid berkubah emas di Baitul Maqaddis yang majority umat Islam beli dan gantung di dinding rumah mereka, padalah mesjid itu bukan lah Masjiddil Aqsa yang sebenar di dalam sejarah Isra’ & Mi’raj Nabi Muhammad S.A.W. dengan tujuan mengelirukan seluruh umat islam yg begitu ghairah dgn fakta yg salah?

Didalam pasaran juga telah wujud ayat2 yg dijual dalam bentuk khat yg begitu indah & disangka kan adalah ayat suci Al Qur’an padahal ayat tersebut rupanya adalah petikan ayat dari puak Yahudi yg menyekutukan ALLAH dengan bertujuan untuk mengeliru & menipu Umat Islam, tanpa disedari Umat Islam akan menggantung Khat2 yang sangat cantik tapi tidak difahami tersebut di rumah2 mereka dgn rasa seronok & bangga nya? Selain dari itu banyak nya lambakan buku2 & kitab2 yang sebenarnya bertujuan untuk memesongkan aqidah dan tanpa kita sedar akan menyebabkan kita syirik pada ALLAH?

Yahudi telah mengkaji AL Qur’an sebanyak 9 kali dan mengkaji kelemahan umat Islam sejak dari waktu perang salib & mereka telah Berjaya menghancurkan umat islam sehingga hari ini kerana sangat2 mengetahui teknik halus dan cara agar Umat Islam akan gagal & tidak mampu bangkit selama2nya. Talibarut & sekutu mereka di Asia telah Berjaya menjajah banyak Negara dengan peperangan saraf yg tidak kita sedari sehingga menghancurkan aqidah kita dengan pelbagai cara termasuk lah dengan mengajar ilmu2 yg konon2 moden tetapi sesat & menyesatkan melalui IKON2 agung & besar jutawan dunia yang konon nya pakar motivasi, Pakar kewangan, Pakar itu dan ini yang Konon nya Ahli kaji MINDA, Metafizik dll yang tidak diredhai ALLAH? Lalu umat Islam telah terlupa dengan Kebesaran & keagungan Allah yang maha besar?

Tapi zaman ni ramai yg main ikut je....nak sangat ubah idup, tapi tak kesah betul atau salah, halal atau haram, syirik pun syirik lah yg penting dapat ubah idup...last2 dah pening baru cari ubat...hati2 jgn tersalah belajar ilmu, nanti merana di dunia dan akhirat....

belajar macam2 ilmu berabis duit sanggup BERMENTOR SANA SINI,..untuk nak ubah idup...sanggup ikuti macam2 kursus nak jd hebat....SEDANGKAN ALLAH dah tinggalkan semua RAHSIA HEBAT dalam ALQURAN DIA TAK PULAK PEGI BACA & GUNA?.....sebab tuh lah makin baca, makin belajar, makin cari, ...makin kejar maka makin banyak masalah, makin pening, makin confuse..makin habis duit kerana ..SELAGI DIA TAK KEMBALI PADA ALLAH?

Sesungguh nya Umat Islam jatuh & tidak dapat menjadi Umat yg hebat bukan lah kerana musuh2 mereka kuat & hebat, tetapi sebab utamanya adalah kerana Umat Islam hari ini terlalu lemah & telah nyata terlalu jauh dari kebenaran & jauh dari ALLAH. Umat Islam telah meninggalkan Anugerah & senjata Hebat yg telah di tinggalkan melalui Nabi Muhammad SAW iaitu Kitab suci Al Qur’an yang didalam nya penuh dgn segala senjata , rahsia mu’jizat Allah yang lengkap agar kita selamat di dunia & akhirat? Janganlah kita mudah terpengaruh pada selain dari apa yang telah ALLAH tunjuki kerana pasti kita akan jadi manusia yang rugi di dunia & akhirat.... KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (81)

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا (82) سورة الاسراء
Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); ses...ungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (81) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)

hazrat abudullah ibnu mas’ud Ra bagitau, sekiranya kamu mahukan ilmu maka hendaklah kamu memikirkan dan mendalami makna2 al-quran. dlm al-quran terdapat ilmu2 org yg terdahulu dan terkemudian.....
firman Allah di dalam Surah As-Shaad (ayat 29) iaitu;

“Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya dapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”

Begitu juga di dalam surah Muhammad (ayat 24), Allah berfirman;

“Maka, apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?”

Al-Quran sentiasa tepat ayat-ayatnya jadi ia bukanlah sekadar ayat-ayat penyokong fakta untuk sesuatu hujah, ianya lebih moden dan lebih futuristik dalam mengendalikan sesuatu permasalahan yang tidak dapat dijangkau oleh akal

“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca sura...h Al-Waqi’ah... setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya"-

Keberkatan Keluar dari Langit dan BumiAllah telah berfirman dalam Al-Quran bahawa jika penduduk dunia ini beriman dan bertakwa, nescaya keberkatan akan diturunkan ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka yang keluar d...aripada langit dan keluar daripada bumi” (Al-A’raf: 96)

Kata2 hikmat Saidina Ali : "Telek diri kamu rata2, baru kamu mengenal tuhan yang nyata". Melengkapkan kembali perlaksanaan Islam agar Umat tidak hanya bergantung semata-mata pada Syariat (amalan jasadi - Rukun Islam yang lima). Tetapi lengkap dengan Tarikat, Hakikat dan Makrifah nya kepada Allah? Kenal sebenar benar kenal.? Tidak kah bila ada jasad... See More pasti kita ada roh, dan yang akan kembali kepada Allah bukan nya jasad...tapi roh yang sebenar benar mengenal Allah! Tidak kah Nabi s.a.w. membawa 4 perkara tersebut diatas? Syariat ni ibarat nya sekolah tadika, tarikat itu ibaratnya sekolah rendah, hakikat itu ibaratnya sekolah menengah dan makrifah itu ibaratnya peringkat universiti....ianya adalah proses bagi peningkatan roh dari satu tahap ke satu tahap sehingga diterima dan diiktiraf Allah?.Nak cari ilmu yang BENAR pula kena lah berguru dengan orang yang BENAR, biasanya orang panggil guru yang mursyid. Ulama kan ada berjenis? Ada yang di iktiraf oleh manusia tapi tidak oleh Allah, ada pula ulama yang diiktiraf oleh Allah tapi tak terkenal pula dikalangan manusia?

Hadis Rasulullah s.a.w : "Barangsiapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya". Mengenal diri (manusia) dalam hadis ini, bukan bererti kita kenal yang lahir. Bukan bererti kenal hidung, mulut, kaki dan lain-lain anggota lahirnya. Mengenal manusia ertinya mengenal hakikat manusia. Yakni mengenal batin...nya. Hakikat manusia itu ialah batinnya. Tanpa hakikat (batin), yang luar tidak berguna. Jika kita gagal mengenal batin manusia, kita akan gagal mendidik manusia karena pendidikan itu sebenarnya ialah mendidik batin manusia. Lahir manusia ini akan tunduk pada hakikat manusia (yaitu batinnya). Apa yang dimaksudkan dengan batin manusia itu? Batin manusia itu ialah AKAL, ROH dan NAFSU. Tanpa ketiganya tidak ada nilai anggota lahir yang lain meskipun cantik, gagah dan lain-lain.
Hanya bila ketiga unsur itu terdidik barulah menghasilkan umat yang baik lagi bertaqwa. Yakni manusia yang beriman, berilmu, berkhidmat, berakhlak dan bertamadun.

Ayuh bersama2lah kita kembali pada ALLAH, Semoga DIRI & HIDUP kita akan sentiasa mendapat Restu, Pimpinan, Petunjuk, Kerahmatan, Keredhaan, Kasih Sayang dan Perlindungan dariNYA. Insyallah.