8.6.10

najib

Najib - yang membawa maksud - Keturunan yang mulia, utama, bernilai dan mempunyai ciri-ciri berikut,Baik hati, teliti dalam tindakan, suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan, kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. Gambaran ini yang menjelaskan antara kekuatan dan kelemahan orang yang diberikan nama NAJIB. Walaupun nama sebenar didahului Mohamad tetapi umum memanggilnya hanyalah Najib. Dan panggilan nama ini yang sebenarnya merupakan DOA dan pada masa artikal ini diterbitkan beliau telah mempunyai lebih 200 ribu rakan di FB, yang ini secara langsung bertapa banyaknya orang-orang yang menyebut nama beliau dan sebanyak itulah DOA buatnya. Ini belum diambil kira penampilannya di TV yang ditonton jutaan orang dan jutaanlah DOA yang diterimanya. Apakah kesan DOA dalam kehidupan kita?, ianya sudah semestinyalah membawa kebaikkan dan dorongan kearahnya.

POTENSI DIRI Najib daripada sudut metafizik yang menguatkan lagi keterangan diatas. Beliau yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, kekuatannya ialah beliau sentiasa berhubung dengan pegawai-pegawai kerajaan, dari 1976 menang kerusi parlimen Pekan, yang mana beliau sentiasa berurusan dengan kerajaan dan kini sebagai Perdana Menteri. Seorang yang rajin, sentiasa sibuk, yang tidak suka duduk diam, selalu bergerak ke sana sini, tidak suka duduk atau bekerja hanya dalam pejabat, sentiasa mencari peluang-peluang bagi dimenafaatkan oleh orang lain seperti peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi serta segala-galanya untuk orang lain, namun beliau wajar berhati-hati supaya apa yang diusahakan tidak gagal. Dan kelemahan yang ketara ialah rakan atau orang dipercayai menipu, khainat dan membelakanginya.

POTENSI DIRI Najib adalah seorang yang DERMAWAN, banyak menyumbang melebihi kemampuan sebenar dan kecewa jika gagal memenuhi permintaan orang padanya.

POTENSI DIRI Najib yang sebenarnya tidak disukai oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan dan orang-orang seumpama ini akan khainatinya kerana tidak dapat apa yang dimintanya. Ini jelas, Najib pernah menyatakan dalam ucapannya bahawa beliau sentiasa 'dikejar' oleh para kontaktor bagi meluluskan projek tertentu. Apabila beliau membuat ucapan secara terbuka dan ini secara langsung menjauhkan orang-orang yang berkepentingan peribadi ini.

POTENSI DIRI Najib dari sudut kurang percaya pada diri yang membawa maksud semua yang beliau dengar dan diikuti dengan beliau lihat sendiri. Ini membuatkan beliau hanya percaya dan yakin setelah didengar dan lihat.

POTENSI DIRI Najib yang suka menolong dan tidak mengharapkan balasan, menjelaskan bahawa beliau melakukan pertolongan yang melebihi apa yang sepatutnya. Dan ini menyebabkan beliau tidak mementingkan diri, anak-anak dan keluarganya. Masa untuk memikirkan keperluan diri agak kurang dan tiada apa-apa yang ia dapatinya dari jawatannya melainkan sekadar yang perlu namun beliau lebih banyak menyumbang pada orang-orang yang memerlukan. Dan ini memungkinkan beliau tidak mendapat apa-apa setelah tiada jawatan atau bersara nanti. Menjangkau 40 tahun dalam pengabdian dirinya dalam khidmat masyarakat yang mematangkannya dalam pentadbiran. Seorang yang menghabis masa dan tenaganya demi kepentingan orang ramai, berhati-hati dalam setiap langkah2 yang dibuat, yang terikat dalam pelbagai peraturan, protokol, yang sentiasa dikawal segala pergerakkannya dan ini menyekat kebebasannya sebagai orang awam.

POTENSI DIRI Najib ini benar-benar membawa faedah kepada masyarakat umum dan amat tidak disenangi oleh orang-orang yang berkepentingan. Namun beliau mendapat sokongan yang kuat dari masyarakat umum lebih-lebih lagi orang yang paling hampir iaitu isterinya. Dan ini membuatkan beliau terus bertenaga untuk terus menyumbang masa dan tenaganya bagi memenuhi keperluan masyarakat umum.

POTENSI DIRI Najib dari sudut kepimpinan:-

1- Sebagai PELAYAN yang baik atau apa yang disebut sebagai (Khadim), seorang pemimpin yang memuliakan orang lain, menjadi 'Pelayan' baik dalam membantu orang-orang dipimpinnya, menafkahkan lebih banyak masa dan tenaganya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan perancangan yang teliti dan kreatif merangkumi pelbagai sudut. Pelayan yang baik adalah pelayan yang dapat memenuhi keperluan 'tuannya' dimana 'tuannya' ialah orang ramai(seluroh rakyat 1Malaysia)

2- Sebagai PEMANDU yang berhemah atau yang disebut sebagai (Muwajjih), memandu arah atau memberikan dorongan bagi mencapai sasaran atau matlamat sebagaimana yang dirancang , dengan panduan atau pengalaman dapat memacu kejayaan pada landasan yang betul.

kekuatan selaku PELAYAN dan PEMANDU dari diri Najib terserlah melalui pendekatan-pendekatan yang diambilnya dalam pentadbirannya seperti berikut:

1- Jujur dalam tindakannya dengar, lihat dan buat tindakan, 1Malaysia merupakan pendekatan bagi mengekalkan kestabilan, keamanan dan kemajuan Negara.
2- Layak dalam kepimpinannya, jentera kerajaan berasaskan kepakaran atau kopentensinya. Langkah NKRA yang diperkenalkan menjelaskan tindakannya sebagai pemimpin yang layak.
3- Pendorong (Inspirasi), peribadinya menjadi ikutan bagi yang benar-benar ikhlas bekerja.
4- Sabar dalam menghadapi kerenan dan kegagalan.
5- Rendah Diri, dapat menyesuaikan dirinya dengan semua golongan dan lebih selesa bersama dengan orang-orang awam biasa dan beliau meletakkan dirinya sama taraf dengan orang-orang yang beliau temui atau bersamanya.
6- Mesyuarah atau tidakannya secara kolektif, sentiasa sedia menerima pandangan dari semua peringkat dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Terbukti kini melalui pendekatan menerima pandangan melalui blog, FB, Twitter dari orang ramai selain SOP biasa kerajaan.
7- Berkomunikasi dengan semua peringkat, mendekati dan menjiwai denyutnadi orang ramai dalam segala tindakan yang di buatnya. 'Tool' atau alat komunikasinya tiada had, melalui pelbagai pendekatan yang membolehkan beliau dapat berhubung dan mengetahui apa yang menjadi keperluan orang ramai.

Namun segala apa yang dilakukannya ini wajar di sokong oleh semua pihak bagi mencapai hasrat MURNI dalam membangunkan negara melalui pendekatan 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Gagasan ini jelas bagi membangunkan negara bagi mancapai negara maju.

Najib sebagai Perdana Menteri yang ke 6 yang mencukupi satu kitaran, RAHMAN R - Tungku Abdul Rahman, A - Abdul Razak, H - Hussein, M - Mahadhir, A- Abdullah dan N- Najib. Namun ianya terletak pada angka 6, yang membawa cabaran dan dugaan yang begitu mencabar. Jika Era Tungku Abdul Rahman adalah menuntut kemerdekaan, Abdul Razak bagi pembangunan negara, Hussein On seketika saja yang meneruskan pembangunan negara, Mahadhir memodenkan negara dengan menonjol negara dalam industri. Najib menghadapi cabaran getir dengan suasana politik yang berbeza dan pembangunan yang dibuat lebih hebat yang mencakupi semua aspek, kaum dan keperluan. Tekanan politik dan ekonomi merupakan cabaran yang perlu dihadapi namun ini dapat diatasi dengan kekuatannya dalam melaksanakan amanah serta dengan penyertaan semua melalui kelebihannya pelayan(khadim) dan pemandu( Muwajjih). Sedia mendengar, mudah didekati dan kuat bekerja.

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat". [Al-Hajj: 38]

Mudah-mudah POTENSI DIRI Najib berupaya dan mampu melonjakkan kegemilangan negara terus maju, Insya'Allah.

( POTENSI DIRI - bukan telahan, bukan ramalan tetapi realiti kehidupan ketentuan dari Illahi)



you come to me

youcometome