6.6.10

Tentang perihal~Penyakit Hati, Syirik.Riak. Kafir.

"Sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu dia masuk neraka, tetapi sesiapa yang menemui Allah dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah pasti masuk syurga." -- Mutafaq'alaih

An-Nisaa`:116 إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.


Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:
“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin ...menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya” (Bukhari & Muslim: 1720)

1. "Janganlah engkau memohonkan hajatmu kepada manusia, tetapi bermohonlah kepada ALLAH yang pintuNya tidak pernah tertutup. ALLAH amat murka jika engkau meninggalkan permohonan kepadaNya, sedangkan manusia akan marah jika engkau sering meminta kepadaNya."

2. Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya... See More”....Al-Kahfi, 110".
---Membanggakan, menunjuk2 iaitu riya'-(sila baca nota) Wang,Ringgit, Harta, Material, Rumah, Pangkat, apa saja selain ALLAH di puji,puja, membesarkan diri, kehebatan diri, konon nya sangat hebat~Syirik.

3. Riya' adalah syirik kecil.="Sesuatu yang paling aku khawatirkan menimpa kamu sekalian ialah syirik paling kecil. Maka beliau ditanya tentang itu. Beliau berkata: Riya" (HR. Ahmad)

4. Imam Ath-Thahawi Rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang mencoba mempelajari ilmu yang terlarang, tidak puas pemahamannya untuk pasrah (kepada al-Quran dan as-Sunnah), maka ilmu yang dipelajarinya itu akan menutup jalan baginya dari kemurnian tauhid, kejernihan ilmu pengetahuan dan keimanan yang benar.” [4]
--ilmu yg di ambil selain dari Al Qur'... See Morean & Sunnah.

5. Khutbah nabi s.a.w: Adapun selepas dari itu, sesungguhnya sebaik2 hadis ialah Kitab Allah, seburuk2 perkara adalah yg direka2. Setiap perkara yg direka adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah adalah sesat.[ muslim]

6 Tidak memalingkan HATI & memenuhi Hati selain dari ALLAH semata2, jika dia memelingkan wajah nya dari ALLAH kepadda makhluk maka syiri' lah ia...Hamba yang sejati adalah hamba yang dapat melakukan “menghadap wajahnya kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, dengan ikhlas ...dan tidak mempersekutukan-Nya”. Inilah makam yang paling tinggi boleh dicapai oleh seorang hamba Tuhan. Wajah hamba Tuhan menghadap kepada Yang Hakiki~~~

"Apabila kamu hadapkan “wajah” hati kamu itu kepada makhluk dan dunia ini, maka ia akan membelakangkan Allah. Apabila kamu hadapkannya kepada Allah, maka ia akan membelakangkan makhluk."

Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan semua langit dan bumi, dengan ikhlas, dan tidaklah aku daripada orang-orang yang mempersekutukan-Nya. ( Ayat 79 : Surah al-An’aam )

ianya samada berlaku, dengan niat, perbuatan atau lisan. sengaja atau sebaliknya, disedari atau tanpa disedari. Maka hendaklah kita berhati2 ...Org dulu sangat dididik & di ajar tentang ikhlas, sabar,maruah, harga diri. nilai iman, menjaga diri agar tak terlibat benda Syubhat, bertaqwa....Kualiti sebagai seorg Islam terlalu di titik beratkan....... See Moreberbanding sekarang nilai maruah, harga diri, iman, syirik boleh dijual beli dgn wang ringgit & dibuat main & di jadikan gurauan, persendaan?
Tidak mengingkari apa saja perintah ALLAH samada bersungguh2 mau pun syubhat atau sebagai hanya gurauan.

Tidak akan memperoleh ilmu seorang yang pemalu dan seorang yang sombong. Barangsiapa yang tidak bersabar atas penderitaan menuntut ilmu, ia akan merasakan penderitaan akibat kebodohan untuk selamanya.

Menurut Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995):
1 Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; orang tersebut telah kafir.
2 Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.
3 Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia.

Ingatlah bahawa apa yang dijelaskan menurut Al-A’raaf:146 iaitu mendustakan ayat-ayat Al-Quran serta tidak mahu mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya adalah termasuk menolak salah satu rukun iman iaitu :
1.Percaya kepada kitab-kitab Allah
2.Percaya kepada Rasul
....
6.Percaya kpd Qodha & Qadar Allah

Akibat dari perbuatan ini kelak Allah akan menjadikan pelaku mencintai kemungkaran dan membenci kebenaran sesuai dengan Al-A’raaf:146. Inilah sebabnya kini ramai orang suka menempuh jalan kesesatan.