5.6.10

TENTANG SELAWAT & Keistimewaan nya

DALIL-DALIL HADIS TENTANG SELAWAT

1. Sabda Nabi s.a.w.:

"Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (HR At-Tirmidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w.bermaksud:

"Berselawat atas para Nabi Allah dan utusa-Nya sebagaimana kamu semua berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus." (HR Ahmad dan Al-Khatib)

3. Sabda Nabi s.a.w.:

"Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada." (HR Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:

"Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya." (HR Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis-hadis, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum muslimin degan penuh kesungguhan dan keikhlasan.

"Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita semua... Ayuh teman..kita selawat..."
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa ,”malaikat2 telah berkata kepadaku:-

Berkata Jibrail a.s:” wahai Rasulullah s.a.w,barangsiapa yg membaca selawat keatas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali,maka saya kan bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar”.

Malaikat Malik a.s pula berkata:” mereka yg berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka minum dari telagamu.”...

Malaikat Israfil a.s:” mereka yg berselawat kepada mu akan ku sujud kepda Allah s.w.t dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail a.s:”bagi mereka yg berselawat kepadamu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi”.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يُوْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya...
(HR Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas adalah bukti yang amat jelas ... tentang kewajipan kita mencintai Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam). Malahan iman seseorang belum digolongkan sebagai iman yang sempurna sehingga baginda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) lebih dia cintai melebihi cintanya kepada kedua ibubapanya, anak-anaknya dan semua manusia lain.
PENGERTIAN SELAWAT....

MAKNA SELAWAT

Selawat adalah jamak dari kalimah solat. Menurut bahasa ertinya adalah doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Allah berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al-Ahzab: 56)

SELAWAT KEPADA NABI TERDIRI DARI 3 MACAM TINGKATAN:

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya, istimewa kepada Nabi Muhammad saw, bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad saw kepada-Nya.

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad saw, bererti malaikat-malaikat mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad saw, bererti mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

HUKUM MEMBACA SELAWAT

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi saw. Di antaranya :

1. Imam Syafie mengatakan, selawat itu wajib dibacakan dalam tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam.

2. Imama Asy-Sya'bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalm kedua-dua tasyahud awal dan akhir.

3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan pula, selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dalam tasyahud awal atau akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat, selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

5. Abu Bakar Ar-Razi dan Ibnu Hazmin pula, berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali.

6. At-Thahawi berpendapat, berselawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad saw.

7. Az-Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca pada tiap2 sesuatu majlis.

8. Ibnu Jarir At-Thabari memberi pendapat, berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja.

9. Ibnu Qashshar berpendapat, berselawat kepada Nabi adalah suatu ibadah yang wajib.

"Teman2ku..kesimpulannya, membaca selawat ke atas Nabi saw adalah satu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya..serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi saw. Makanya..SUDAHKAH KITA BERSELAWAT KEPADA BAGINDA JUNJUNGAN KITA HARI INI.?? RENUNG-RENUNGKAN..FIKIR-FI
KIRKAN...Marilah kita bersama-sama basahkan lidah kita dgn berselawat kepada Rasulullah saw..Moga kita tidak tergolong dalam orang2 yang lalai lagi merugikan...Amiin... "

1) Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya . “ ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

2) Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada ... See Moreberselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

3) Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat . “
( Hadis Riwayat Thabarani )